SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

BN Di Gesa Masukkan Pembinaan Exit LPT Jengka Dalam "Manifesto" PRU14


Projek menaik taraf Jalan Persekutuan juga diteruskan bagi fasa kedua dari Bandar Pusat Jengka ke Felda Jengka 8, dari simpang Jengka 18 ke simpang Jengka 21 dan dari simpang Jengka 12 ke Jambatan Kuala Krau, itulah pembangunan yang bakal di bawa kepada masyarakat Jengka tidak lama lagi. 

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Peneroka Felda Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di Padang Awam Felda Jengka 11, semalam. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerana prihatin dengan keperluan penduduk di kawasan terbabit.

Namun,semua itu bakal dinikmati oleh warga Jengka sebelah sana tetapi bukan Jengka sebelah sini (Jengka 2, 3, 4, 5, 6 dan 7). Wilayah Jengka katanya merangkumi kawasan segitiga, dan sewajarnya semua pihak wajib mendapat kemudahan.

Sudahlah penduduk di kawasan terbabit mendapat kemudahan susu keluar LPT di Chenor, kini mereka nikmati lagi berbagai kemudahan yang dijanjikan oleh PM. Bagaimana dengan warga Jengka sebelah sini?.

Justeru saya merayu, Barisan Nasional (BN) Maran memasukkan agenda pembinaan susur keluar Jengka/Pekan Tajau dalam manifesto pilihanraya umum ke-14 ini. Jika tidak pasti ia akan dijadikan agenda parti pembangkang PAS atau pun PPBM dalam meraih undi golongan muda pada PRU kali ini.

Sudah lama saya perjuangkan isu ini untuk kemudahan penduduk. Kini tiba masanya ia mendapat perhatian daripada pihak terbabit menjelang PRU14 tidak lama lagi. Ini kemudahan untuk semua generasi Felda dan kawasan sekitarnya seperti Pekan Tajau, Hulu Jempul, Pejing dan lain-lain lagi.

Saya berharap perkara itu dapat diangkat segera dan bukan hanya sekadar untuk meraih undi semata-mata. 

Tiba masanya perkara ini diberi perhatian serius oleh pemimpin setempat. Mereka harus ingat pengundi generasi kedua Felda akan balik untuk mengundi tidak lama lagi. Maka itu, berilah kepercayaan kepada mereka untuk kemudahan dan keselesaan di masa hadapan.

Buat masa ini, penduduk di sini terpaksa berpusing jauh melalui susur keluar di Plaza Tol Chenor atau Maran untuk ke destinasi masing-masing. 

Jika dilihat kepada anggaran selepas susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dibina ialah Karak KM77 , +23 KM Lanchang KM100, +25 KM Temerloh KM125, +15 KM Chenor KM140, +20 KM Jengka/ Pekan Tajau KM160, +13 KM Maran KM173, +14 KM Srijaya KM187, +29 KM Gambang KM216 dan +22 KM Kuantan KM238. Maka pembinaan susur keluar Jengka. Pekan Tajau adalah relevan kerana susur keluar Chenor ke susur keluar Maran ialah sejauh 33km (jarak antara exit paling jauh) sebenarnya.

Sebagai kerajaan pada masa ini, UMNO Bahagian Maran lebih berperanan lagi untuk mengangkat isu ini dan jangan terlepas pandang terhadap isu ini.  Tolonglah cakna demi rakyat, ketika anda semua berkuasa. Pasti anda akan dikenang buat selama-lamanya kelak.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
No.159-C, Felda Jengka 7

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: